Sunday 9 October 2011

KAKAKKU SAYANG!!!

Inilah kisah seorang adik,
Kakak seorang yang selalu diherdik,
Hati kakak berasa sakit,
Melihat adik berakal pendek.


Terhadap kakak adik cemburu,
Dalam pelajaran cermelang selalu,
Menerima hadiah baju baru,
Menjadi kesayanggan ayah dan ibu.


Nasihat kakak adik tak endah,
Tahunya adik hanya memerintah,
Kakak penat adik tak kesah,
Asal kehendak tertunai sudah.


Ada masanya kakak menangis,
Apabila adik menunjuk bengis,
Barang di rumah dibaling habis,
Adik tak pernah tersenyum manis.


Kini kakak tiada lagi,
Ke sekolah asrama membawa diri,
Suasana di rumah senyap dan sunyi,
Barulah adik menginsafi diri.


Kasih kakak tidak dihargai,
Sekarang adik berasa sepi,
Apabila kakak pulang nanti,
Kesalan adik mohon diampuni.


Adik berazam menjadi baik,
Ujian nanti biarlah naik,
Adik mahu menjadi cerdik,
Semua orang sayang akan adik.


Wahai kakak cepatlah pulang,
Adik merindui kakak tersayang,
Adik berubah sudah sekarang,
Janganlah kakak menaruh bimbang.
  

No comments:

Post a Comment